Ulasan Artikel: Highly-Cherished



Sharmila Nair dalam artikelnya “Highly-Cherished” menyatakan bahawa kehidupan remaja kini sememangnya amat bergantung kepada gajet-gajet dan peralatan teknologi seperti telefon bimbit, komputer riba, iPod dan pelbagai lagi. Mereka menjadikan peralatan tersebut sebagai medium untuk mereka saling berhubung dan beinteraksi antara satu sama lain. Selain itu ia juga berfungsi sebagai pembantu peribadi dalam melaksanakan pelbagai tugasan. Peralatan teknologi bukan lagi menjadi kehendak sebaliknya keperluan dalam menjalani rutian harian remaja hari ini
Eddie Goh,seorang penuntut kolej mengakui bahawa laptop (komputer riba) merupakan item yang terpenting dalam hidupnya walaupun di rumah dia juga turut memiliki Playstations 2 dan MP3 Samsung. Dia lebih banyak meluangkan masa bersama laptopnya dalam menyiapkan tugasan dan melakukan kerja lain memandangkan ianya senang dibawa ke mana-mana. Tambahan pula terdapat begitu banyak WiFi Spots disekitar kolejnya dan dia hanya perlu duduk dan disambungkan dengan internet. Keadan ini memudahkan dia untuk membuat sebarang kajian dan pencarian maklumat.
Bagi Pearl Chew pula, beliau kerap menggunakan laptop untuk pencarian maklumat secara online. Terutamanya dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Selain itu dia juga kerap mendengar muzik dan berchatting dengan kawan-kawan. Baginya laptop adalah seperti mesin muzik bergerak. Walaubagaimanapun jika diberi pilhan sama ada laptop atau telefon bimbit, Chew masih memilih telefon bimbit sebagai keperluan utamanya. Telefon bimbit baginya dapat bertindak sebagai alat pengawal masa disamping menyediakan pelbagai kemudahan lain.
Andrew Guan sebaliknya mengutarakan pendapat bahawa laptop merupakan keperluan utama bagi para pelajar. Dia juga sekarang dalam usaha mendapatkan komputer berteknologi tinggi yang bernilai hingga RM12,000. Ini adalah bagi memenuhi keperluan kursus yang bakal diceburinya iaitu sama ada Kejuruteraan Audio atau Produksi Muzik. Walaupun masih belum memilikinya ia tidak menghalang Andrew untuk terus melayari internet menggunakan komputer peribadi untuk berchatting ataupun bermain game secara online.
Berbeza pula dengan dua orang remaja lagi Samantha Agness Lee dan Melissa Mariapan. Samantha memilih iPod sementara Melissa menjadikan PDA sebagai pilihan utama. Bagi Samantha dia tidak pernah puas dengan muzik dan tidak pernah gagal untuk mengemaskinikan senarai lagu di dalam iPodnya. Sementara itu Melissa seorang pelajar Pengurusan Perniagaan, bergantung kepada PDA dalam pengurusan jadualnya dan penentu kepada kelancaran segala tugas. Segala-gala maklumat disimpan di dalam PDA.
Kesimpulannya, remaja zaman sekarang amat bergantung kepada gajet-gajet elektronik dalam menjalani kehidupan mereka terutamanya sebagai pelajar.Kemajuan teknologi semamangnya memberikan perubahan yang ketara dalam kehidupan manusia. Manusia perlu bergerak seiring dengan arus peredaran zaman agar tidak terus ketinggalan.

Kem Jejak kendiri Remaja 2009



Mahasiswa PLK Universiti Utara Malaysia telah melaksanakan Program Khidmat Masyarakat di bawah projek Unit KoKurikulum. Program Kem Jejak Kendiri Remaja 2009 itu telah dilaksanakan di Bukit Air Resort, Sungai Batu Pahat Perlis dan melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta dan 16 orang fasilitator. Kem tersebut merupakan satu program perkongsian pintar antara mahasiswa PLK UUM dan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Perlis. YB Sabry Ahmad, EXCO Kerajaan Negeri selaku mewakili Menteri Besar Perlis telah hadir merasmikan penutupan kem tersebut.

ULASAN ARTIKEL: COMMUNICATING FOR A NEW AGE



Penulis artikel:
Carol Kinsey Goman
Strategic Communication Management; Aug/Sep 2006; 10, 5; ABI/INFORM Global




Artikel yang ditulis oleh Carol Ginsey Goman ini membicarakan tentang perbezaan pendekatan komunikasi dalam persekitaran kerja oleh generasi muda hari ini berbanding kaedah yang sering digunakan oleh beberapa generasi terdahulu. Generasi muda yang menjadi tenaga kerja hari ini lebih dikenali sebagai Generasi Y Mereka adalah individu yang lahir dari tahun 1983 hingga sekarang. Mereka lahir dalam zaman era IT .Kemajuan dan kepesatan teknologi yang ada pada hari ini telah memandu mereka untuk mempunyai cara yang berbeza dalam berkomunikasi. Sebagai contoh penggunaan khidmat pesanan ringkas (sms), blog, Instant Message sehinggakan e-mail pun telah dianggap ketingalan zaman. Selain itu situasi ekonomi semasa juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan perubahan tersebut.
Setiap organisasi hari ini perlu mengambil kira perubahan-perubahan ini dalam mereka menguruskan tenaga kerja terutamanya yang melibatkan Generasi Y. Kewujudan komputer dan perkembangan teknologi mengubah cara bekerja. Jika dahulu komunikasi di dalam sesebuah organisasi selalunya secara bersemuka dan pengaliran informasi berbentuk linear, namun kini ianya menjadi lebih pelbagai. Menurut Goman, langkah penting yang harus diambil oleh organisasi dalam melaksanakan komunikasi dalaman ialah berubah daripada komunikasi "pasif" dan "menekan" kepada komunikasi yang lebih "aktif" dan "menarik". Generasi Y lebih mahukan penglibatan mereka secara aktif dalam penyaluran maklumat berkenaan . Jika tidak mereka akan hilang minat. Tidak seperti generasi terdahulu, mereka telah terdedah kepada teknologi semenjak dari usia kecil. Apabila berada di tempat kerja, mereka tidak lagi menunggu kepada rantaian arahan sebaliknya lebih mempercayai khabar-khabar angin (grapvine) yang berlegar ataupun merujuk terus kepada penyelia mereka. Komunikasi menerusi permaufakatan adalah menjadi panduan kepada Generasi Y dan ianya perlu diadaptasikan oleh organisasi.
Carol Kinsey Goman juga telah menyatakan bahawa, transformasi di tempat kerja adalah merupakan proses dua hala. Pekerja yang memasuki persekitaran kerja mempunyai ekspektasi yang spesifik terhadap organisasi. Seandainya ekspektasi yang diharapkan tidak menepati kehendak mereka, maka tindakannya sama ada terus menyesuaikan diri atau berundur dari organisasi tersebut. Justeru, setiap permintaan dan perubahan perlu diserap oleh organisasi. Menurut beliau lagi, perubahan komunikasi dalaman adalah dipandu oleh dua perkara. Yang pertama teknologi dan yang kedua bagaimana sesuatu generasi itu menerima cara yang diamalkan oleh organisasi. Adakah ia berkadaran dengan ekspektasi mereka tentang cara komunikasi yang diinginkan.
Generasi Y lebih suka untuk mendengar berita bersumberkan "grapvine" antara mereka berbanding aliran maklumat linear yang konvensional. Carol Kinsey Goman percaya bahawa mereka perlu dilibatkan diperingkat awal dan menjadi sebahagian daripada dialog. Untuk itu, komunikator dalaman perlu melakukan analisa jaringan sosial dan mengenalpasti individu yang berpengaruh lalu menggunakan "grapvine" sesama mereka. Generasi Y lebih suka mempercayai antara satu sama lain.
Kata Goman, adalah sesuatu yang amat sukar untuk mengatasi isu generasi bersilang di dalam sesebuah organisasi. Bukan senang untuk mengubah cara berkomunikasi setelah ianya menjadi selesa. Generasi dahulu akan tetap dengan cara mereka berkomunikasi. Satu kaedah untuk menyampaikan mesej dalam generasi bersilang ini ialah dengan menyebarkan setiap data yang releven yang mungkin diperlukan oleh pekerja dan mewujudkan cerita hebat yang mana pekerja akan dapat hubung-kait disebaliknya.
Pembahagian akan berlaku secara automatik apabila generasi yang lama menghampiri persaraan dan tidak mempunyai keupayaan tenga untuk berhadapan dengan perubahan lagi. Kesanggupan untuk berubah adalah salah satu isu yang amat payah dihadapi oleh para komunikator kecuali pekerja memahami dan menerima alasan yang diberikan.
Kesimpulannya, kemajuan dan perkembangan teknologi komunikasi telah menyebabkan cara dan kaedah berkomunikasi dalam sesebuah organisasi turut berubah. Organisasi perlu bergerak seiring dengan arus peredaran zaman agar pendekatan komunikasi yang diamalkan juga turut menepati dengan apa yang didambakan oleh generasi pekerjanya.

SELAMAT HARI GURU

Tanggal 16 Mei nanti merupakan sambutan hari guru. Insan yang bernama pendidik diraikan sebagai tanda penghargaan diatas segala pengorbanan dan jasa dalam mencurahkan ilmu kepada anak bangsa. Mereka adalah permata yang tidak ternilai harganya.

Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

Zam Ismail
Seremban
1985


Sempena dengan ini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada Pensyarah CCT 1023 Pengantar Teknologi Komunikasi,UUM Puan Siti Syamsul Nurin Mohmad Yazam. SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI SERTA SUKSES SELALU.

Peace Upon You


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung budiman. Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana masih lagi diberi kesempatan untuk saya memulakan coretan maya ini. Saya Arizal bin Abdullah, pelajar PLK semester 4, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi UUM. Berasal dari negeri Perlis Indera Kayangan. Sekarang bertugas sebagai Penolong Pegawai Penerangan di Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Perlis. Mudah-mudahan perbincangan ilmiah yang bakal kita selusuri nanti mampu memantapkan minda, mencerna ilmu dan berkongsi pandangan serta pengalaman. Sekian, Wassalam....