Mahasiswa PLK Universiti Utara Malaysia telah melaksanakan Program Khidmat Masyarakat di bawah projek Unit KoKurikulum. Program Kem Jejak Kendiri Remaja 2009 itu telah dilaksanakan di Bukit Air Resort, Sungai Batu Pahat Perlis dan melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta dan 16 orang fasilitator. Kem tersebut merupakan satu program perkongsian pintar antara mahasiswa PLK UUM dan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Perlis. YB Sabry Ahmad, EXCO Kerajaan Negeri selaku mewakili Menteri Besar Perlis telah hadir merasmikan penutupan kem tersebut.