GULA-GULA RAKYAT ?

Komunikasi Antarabudaya ”Antara Perlis dan Yogyakarta”

1. Pengenalan
Komunikasi Antarabudaya merupakan komunikasi di antara dua individu dari dua budaya yang berbeza (Ming Chen & Starosta, 1998; Jandt, 2001). Ini bermakna proses interaksi yang berlaku adalah melibatkan dua individu yang mempunyai persepsi budaya dan sistem simbol yang berbeza dan dengan perbezaan tersebut akan mempengaruhi maklumbalas yang terhasil. Elemen-elemen budaya seperti sejarah, agama, sistem sosial, nilai dan bahasa merupakan elemen yang membezakan antara satu budaya dengan satu budaya yang lain. Sebagai contoh seorang berbangsa India berkomunikasi dengan seorang kawannya berbangsa Siam. Kedua-dua mereka mempunyai latar belakang budaya yang sangat berbeza sama ada dari segi sejarah, agama, sistem sosial, nilainya atau bahasa.

Tidak dinafikan sememangnya proses komunikasi antarabudaya jarang sekali berlaku dengan lancar dan tanpa sebarang masalah. Masalah mungkin timbul sama ada melalui komunikasi lisan mahupun bukan lisan. Salah tanggapan atau persepsi yang menyimpang terhadap budaya lain juga adalah sesuatu yang sering berlaku dalam komunikasi antarabudaya.

Baru-baru ini timbul ketegangan hubungan antara Malaysia dan Indonesia berhubung dengan beberapa isu kecil yang diperbesarkan oleh pihak media Indonesia. Isu tarian pendet, blok Ambalat, seni warisan, layanan terhadap pekerja Indonesia di Malaysia dan beberapa isu lagi telah membangkitkan kemarahan segelintir rakyat negara Indonesia sehingga membawa kepada ancaman ” Sweeping Malaysia” dan gerakan BENDERA. Kebebasan media di negara tersebut yang menghidangkan berita yang kurang tepat demi meraih keuntungan dan populariti telah menimbulkan persepsi negatif rakyat Indonesia terhadap Malaysia. Situasi ini sememangnya mencabar peranan komunikasi antarabudaya.

2. Rakan yang ditemuramah
Saya mengenali saudara Sunyoto SH menerusi Rangkaian Sosial Facebook (FB). Pada awalnya saudara Sunyoto dilihat memberi komen-komen pedas terhadap isu hubungan antara Malaysia dan Indonesia di dalam forum tersebut . Walaubagaimanapun selepas beberapa sesi komunikasi melalui chat dan e-mail, didapati persepsi buruk beliau terhadap Malaysia telah mula berubah. Apa yang lebih penting beliau sanggup memberikan kerjasama sepenuhnya kepada saya dalam melaksanakan tugasan ini. Saya cukup yakin dan percaya bahawa dengan adanya komunikasi antarabudaya yang baik antara kedua-dua buah negara, ia pasti akan membantu meningkatkan lagi hubungan yang terjalin serta mengelak salah faham dan prasangka.

Sunyoto SH merupakan anak jati Yogyarta berbangsa Jawa yang sekarang menetap di Kabupaten Gunung Kidul. Berusia 42 tahun dan sudah bekeluarga dan mempunyai tiga orang anak. Beliau merupakan lulusan undang-undang dari Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta.

Bagi mendapat pemahaman yang lebih jelas tentang budaya dan kehidupan masyarakat Yogyakarta maka latarbelakang Daerah Istimewa Yogyakarta perlulah diselidiki.




3. Latarbelakang Daerah Yogyakarta

3.1 Geografi/Demografi
Daerah Istimewa Yogyakarta (atau Jogjakarta) merupakan salah satu provinsi daripada 33 provinsi yang terdapat di Indonesia. Ia terletak di bahagian selatan Pulau Jawa dan bersempadan denga Provinsi Jawa Tengah di sebelah utara. Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta terdiri daripada empat buah kabupaten dan sebuah kota. Ibu kotanya adalah Yogyakarta sementara kabupaten pula terdiri dari Bantul, Gunung Kidul, Kulon Prago dan Sleman.

Ianya diperintah oleh seorang Gabenor iaitu Sri Sultan Hamengkubuwono X. Keluasan daerah ini ialah 3,185.80 km persegi dan mempunyai penduduk lebih kurang 4,3640,000 orang. Antara suku kaum yang terdapat di daerah ini adalah Jawa, Sunda, Melayu, Tiong Hua, Batak, Minang, Bali dan Madura. Manakala bahasa yang sering digunakan ialah Bahasa Jawa dan Bahasa Indonesia. Majoriti penduduknya beragama Islam iaitu sebanyak 92.1%. Selebihnya merupakan penganut Katolik (4.9%), Protestan (2.7%) dan lain-lain agama (0.2%).

3.2 Ekonomi
Sebahagian besar ekonomi Yogyakarta disokong oleh pertanian, perdagangan, perindustrian (industri logam perak, industri wayang kulit dan industri kraftangan) dan pelancongan.

3.3 Pemerintahan
Dasar falsafah pembangunan daerah Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta ialah Hamemayu Hayuning Bawana iaitu sebagai cita-cita yang mulia untuk menyempurnakan tata nilai kehidupan masyarakat Yogyakarta berdasarkan nilai budaya daerah yang perlu dikekalkan dan dikembangkan.

Pemerintahan Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta telah dimulakan pada tahu 1950 melalui UU Nombor 3 Tahun 1950 tentang pembentukan Daerah Yogyakarta oleh negara bahagian Republik Indonesia (Yogyakarta). Walaubagaimanapun asal usulnya dapat dirunut dari tahun 1945, diawali dengan mandat Sultan Hamengkubuwono IX dan paku Alam VIII secara berasingan terhadap penggabungan kedua-dua daerah ke dalam Republik Indonesia.

3.4 Pendidikan



Universiti Gadjah Mada

Selain daripada mendapat jolokkan sebagai kota Gudeg Kota Yogyakarta juga mendapat jolokkan sebagai kota Pelajar. Di kota tersebut terdapat Universiti Gadjah Mada (UGM) iaitu universiti negeri yang tertua di Indonesia dan juga pelbagai universiti swasta yang terkenal seperti UPN , AMIKOM,STIE SBI, Universiti Kristian Duta Wacana (UKDW), Universiti Islam Indonesia (UII) dan Universitu Muhammadiyah Yogyakarta (UMY). Selain itu terdapat juga Institut Kesenian Indonesia (ISI) dan Universiti Negeri Yogyakarta (UNY). Sebahagian besar penduduk di Kota Yogyakarta ini dikatakan memiliki pendidikan sehingga peringkat SMU.

3.5 Kebudayaan
3.6




Tarian Jathilan Tarian Merapi
Yogyakarta amat dipengaruhi oleh kebudayaan Jawanya. Seni dan budaya tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakatnya. Bagi memastikan budaya tersebut terus kekal, ianya telah diwarisi turun-temurun. Bagi masyarakat Yogyakarta, setiap tahap kehidupan mempunyai erti yang tersendiri dengan tradisi merupakan sesuatu yang penting yang masih diamalkan sehingga kini. Tradisi tidak dapat lari daripada kesenian yang disajikan dalam upacara-upacara tradisi tersebut. Masyarakat Yogyakarta memiliki pelbagai kesenian. Antara kesenian khas yang terdapat di Yogyakarta adalah seperti pementasan kethoprak, jathilan dan wayang kulit.

3.6 Destinasi menarik
Antara destinasi pelancongan yang menarik yang terdapat di daerah Yogyakarta adalah seperti Malioboro, Zoo Gembiraloka, Istana Air Taman Sari, Monumen Jogja Kembali, Muzium Keraton, Muzium Senobudoyo, Lereng Merapi, Kaliurang, Pantai Parangtritis, Pantai Baron, Candi Prambanan, Candi Kalasan dan Kraton Ratu Boko. Selain itu terdapat juga Candi Borobudur sekitar 40 km dari barat laut Yogyakarta. Candi tersebut telah ditetapkan sebagai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1991.




Candi Borobudur


4. Model Dimensi Nilai oleh Hofstede (Hofstede’s Value Dimenssion)
Dimensi nilai oleh Hofstede melihat perbezaan dalam pemikiran dan tindakan sosial yang wujud dalam masyarakat di lebih 50 buah negara (Samovar, Porter &McDaniel, 2007).

a) Individualisme/ kolektivisme
Dimensi ini memberi tumpuan terhadap perhubungan antara individu dan kumpulan. Menurut Gibson,Kirkman dan Shapiro (2001), budaya yang memegang nilai individualisme lebih menekankan kepentingan diri berbanding kepentingan kumpulan.

Samovar, Porter dan McDaniel (2007) membuat rumusan tentang budaya individualisme seperti berikut:
i) Individu merupakan unit yang terpenting dalam apa sahaja konteks sosial.
ii) Konsep berdikari (independece) lebih ditekankan berbanding konsep saling bergantung (interdependence).
iii) Ganjaran berdasarkan pencapaian individu.
iv) Sangat menghargai keunikan setiap individu.

Budaya yang memegang nilai kolektivisme pula mempercayai bahawa kumpulan adalah unit yang terpenting. Budaya ini lebih menekankan kepentingan kumpulan berbanding dengan kepentingan diri.

Triandis (seperti yang dipetik dalam Samovar, Porter & McDaniel, 2007) merumuskan ciri-ciri budaya kolektivisme seperti berikut:
i) Pendapat keperluan dan matlamat dalam in-group lebih penting
berbanding diri sendiri.
ii) Norma sosial dan tugas ditentukan oleh in-group daripada perlakuan
untuk mendapatkan keseronokkan oleh individu.
iii) Individu lebih menekankan perkongsian kepercayaan dengan in-
group berbanding kepercayaan mengasingkan diri individu dari in-group.
iv) Individu mempunyai kesedian yang tinggi untuk bekerjasama
dengan in-group.

Predictors of Individualism / Collectivism
Predictors Individualism Collectivism
Economic development Developed / wealthy Underdeveloped / poor
Climate Cold Warm
Power-distance Low High
Some Consequences:
o Individualistic cultures -- people speak out, question, confrontational, are direct
o Collectivistic -- people blend in, avoidance conflict, use intermediaries

b) Pengelakkan ketidaktentuan (Uncertainty Avoidance)
Dimensi ini menekankan kepada bagaimana sesebuah budaya boleh menerima dan menyesuaikan dengan keadaan yang tidak pasti. Terdapat dua orientasi iaitu high uncertainty avoidance dan low uncertainty avoidance.

Basic Traits of High / Low Uncertainty Avoidance
High Uncertainty Avoidance Low Uncertainty Avoidance
Have more formal rules Believe that the fewer rules the better
Prefer details, specific plans Tolerate generalization
Less tolerant of deviant ideas Tolerate deviance
Consensus seeking Seek individual opinions
Minimize risk Approve of risk taking
Ritualized / ceremonial Avoid ritualization and ceremony
Belief in absolute truth / high expertise Accept relativity of belief
Predictors:
High:
• Tend to be low in modernization (or just at the start)
• Often in highly changeable situations (economic, political, social)
• Extensive legislative / judicial system
• Often characterized by "absolute" religions (Catholicism, Islam)
Low: Tend to be modern
• Tend to be stable (economic, political, social)
• Religions emphasize relativity (Buddhism, Unitarianism)
Some Consequences:
High Anxiety Avoidance culture are more resistant to change, often characterized by more elaborate rituals / religious practices
Low Anxiety Avoidance cultures tend to accept competition and conflict, tolerate dissent and deviance.

c) Kuasa dalam hubungan (Power Distance)
Dimensi ini memberi penumpuan kepada perhubungan manusia yang semulajadi dari segi hierarki. Hofstede (1980) mengkategorikan budaya kepada dua orientasi iaitu high power distance dan low power distance.



Basic Traits of High / Low Power Distance
High power distance Low power distance
Power / Authority are facts of life Minimize social / class structures
Everyone has a specific place No set hierarchy
Those in power emphasize position Those in power minimize position
Respect for authority Respect for individuality
Centralized authority Decentralized authority

Predictors of Power Distance
Predictors High Low
Climate Warm Cold
Population Size Large Small
Wealth unequal distribution equal distribution

Some Consequences:
In High Power Distance cultures: obedience to authority (parent, boss, officials) is expected; language filled with power or hierarchy indicators; managers / teachers tend to be autocratic while subordinates expect direct supervision.
In Low Power Distance cultures, emphasis is on challenging decisions, expecting autonomy and independence.
d) Maskulin / Feminin (Masculinity / Femininity)
Dimensi ini menfokuskan tentang sejauhmana ciri-ciri maskulin dan feminin dihargai dan ditonjolkan dalam sesebuah budaya.. Masculinity is seen to be the trait which emphasizes ambition, acquisition of wealth, and differentiated gender roles. Femininity is seen to be the trait which stress caring and nurturing behaviors, sexuality equality, environmental awareness, and more fluid gender roles.
Predictor: Climate appears to be the best predictor of Masculinity / Femininity. Cultures in warm climates tend to be masculine; cooler climates tend to be feminine.
Some consequences:
Masculine societies tend to see men as assertive and women as nurturing. Men tend to be competitive, visible, stress success, and vocation-oriented.
Feminine societies tend to have both men and women in nurturing roles and much less emphasis on assertiveness for either. Both men and women focus on cooperation, awareness of those who are in need, social accommodation is important.

5. Budaya High Context dan Low Context oleh Hall
Dimensi ini menurut Samovar dan Porter (2004) amat berguna untuk memahami perbezaan budaya dari sudut konteks komunikasi. Konteks komunikasi merujuk kepada sejauh mana makna terhadap mesej komunikasi datang dari makna atau perkataan yang dituturkan. Bagi masyarakat yang mengamalkan Budaya High Context, komunikasi adalah secara berlapik sebaliknya bagi masyarakat yang mengamalkan budaya Low Context , komunikasi adalah lebih bersifat berterus terang.

Berikut adalah ringkasan perbezaan budaya high context dan low context olah Hall.

High context
• Kebanyakkan makna datang dari konteks.
• Masyarakat bersifat homogenous.
• Banyak menggunakan komunikasi bukan lisan sepert gerak badan (gestures), kesenyapan (silence) dan ruang (space)
• Contoh: Jepun, Arab, China dan Korea.

Low context
• Masyarakat kurang bersifat homogenius.
• Kebanyakkan makna datang dari mesej verbal.
• Komunikasi melalui perkataan yang dituturkan.
• Contoh: Jerman, Switzerland, Skandinavia dan Amerika Utara.

6. Struktur Sosial dan Nilai Masyarakat (Yogyakarta)Indonesia dan (Perlis)Malaysia.
Oleh kerana masyarakat Melayu dan masyarakat Jawa berada di bawah satu rumpun Melayu yang sama , maka tidak begitu ketara perbezaan dari segi budaya dan amalan tradisinya. Faktor sejarah yang memainkan peranan dalam mencorak kebudayaan masing-masing. Penyebaran agama Hindu, Budha, Islam di nusantara dan aktiviti perdagangan oleh pedagang Cina, India dan Arab, penaklukan Siam dan pelbagai lagi peristiwa yang berlaku pada ketika dahulu menyumbang kepada pembentukan kedua-dua budaya tersebut.

Majoriti masyarakat Yoyakarta adalah berketurunan Jawa dan mengamalkan adab budaya orang Jawa. Bahasa yang digunakan semasa berkomunikasi sesama mereka juga adalah bahasa Jawa selain dari bahasa Indonesia. Jika dilihat dari segi budaya masyarakat Jawa itu sendiri dipengaruhi oleh pengaruh agama Hindu dan Budha yang pernah menguasai nusantara pada abad ke 5 sehingga penghujung abad ke 15.

Masyarakat Jawa sememangnya terkenal dengan peramah, tutur kata yang lembut dan besopan santun. Walaupun terdapat sebahagian yang berasal dari Jawa Timur dikatakan ”kurang memenuhi syarat” sebagai orang Jawa, namun suku Jawa tetap merupakan suku yang terkenal dengan keramahannya kerana selalunya Jawa menggambarkan orang yang tinggal di bahagian tengah Jawa ( Jawa Tengah-Surakata) dan Yogyakarta.

Perlis negeri yang paling utara di semenanjung Malaysia bersempadan dengan negara Thailand. Majoriti masyarakatnya berbangsa Melayu dan kebudayaannya banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Arab dan Siam. Masyarakat melayu Perlis juga tidak ketinggalan dikenali dengan keramahannya (hemoi), lemah lembut dan berbudu bahasa. Masyarakat Melayu dan masyarakat Jawa amat mementingkan hubungan kekeluargaan. Menghormati orang yang lebih tua dan mengamalkan sifat kebersamaan di dalam masyarakat. Sifat kebersamaan didalam masyarakat jelas tergambar di dalam peribahasa Jawa dan Melayu. Peribahasa Jawa ada mengatakan ” Mangan ora mangan ngumpul” yang bermaksud susah senang ditanggung bersama manakala peribahasa melayu pula mengatakan ” Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Kedua-dua peribahasa tersebut memberi maksud yang sama dimana memperlihatkan nilai budaya yang didukungi.

7. Aplikasi teori ke atas budaya Jawa dan Melayu.
Saya akan cuba mengaplikasikan teori Dimensi Nilai Hosfstede dan Budaya ”High Context dan Low Context” yang diperkenalkan oleh Hall ke atas isu perhubungan Malaysia- Indonesia dalan konteks komunikasi antarabudaya.

7.1 Dimensi Nilai oleh Hofstede.
Sepertimana yang dibincangkan sebelum ini, Hofstede menggunakan empat dimensi nilai iaitu individualism / kolektivisme, uncertainty avoidance, power distance dan masculinity / feminity bagi membuat perbandingan budaya antara negara.

Graf di bawah menunjukkan perbandingan keempat-empat nilai sepertimana yang disarankan oleh Hofstede antara negara Indonesia dan Malaysia. Graf tersebut adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Hofstede.




PDI Power Distance Index
IDV Individualism
MAS Masculinity
UAI Uncertainty Avoidence Index
LTO Long- Term Orientation








a) Individualisme/ kolektivisme
Berdasarkan graf di atas adalah didapati bahawa Individualisma bukanlah sesuatu yang amat ditekankan bagi kedua-dua negara namun Malaysia dilihat lebih inidividualis berbanding Indonesia. Ini bermakna Indonesia lebih berbudaya kolektivis atau (In-group)dimana mereka menunjukkan kebergatungan dan kepercayaan (contohnya keluarga, organisasi dan puak/ suku kaum) untuk menjaga mereka dan sebagai balasannya mereka memberikan kesetiaan kepada In-group berkenaan.( Samovar, Porter & McDaniel, 2007). Budaya Individualis pula individu cenderung untu tidak bergantung secara emosi terhadap organisasi dan institusi, dan setiap indiidu mempunyai hak ke atas hara peribadi, pemikiran dan pendapat.

Berhubung dengan isu kekeruhan hubungan antara Malaysia dan Indonesia baru-baru ini jelas kelihatan bahawa teori ini telah berperanan. Rakyat Indonesia begitu emosi dalam dalam pelbagai dakwaan Malaysia mencuri kebudayaan mereka seperti tarian pendet, batik, wayang kulit dan pelbagai lagi. Sebaliknya rakyat Malaysia merasakan bahawa isu tersebut adalah perkara remeh yang diperbesarkan. Mereka lebih mementingkan usaha untuk menambahkan pendapatan dan memajukan diri sendiri berbanding melayan isu berkenaan. Maka dengan itu di Malaysia tidak ada provokasi balasan, emosional dan sebagainya.Di sini jelas bahawa kedua-dua negara mementingkan budaya kolektivis namun Malasyia dilihat lebih menekankan Individualis

b) Uncertainty Avoidance
Melihat kepada graf di atas didapati bahawa Indonesia lebih berorientasikan budaya high uncertainty avoidance berbanding Malaysia yang berorientasikan budaya low uncertainty avoidance.

Menurut Hofstede, budaya yang mempunyai orientasi high uncertainty avoidance cuba untuk mengelak ketidakpastian dan kekaburan dengan menyediakan kestabilan kepada ahli masyarakatnya dengan lebih banyak mengemukakan peraturan-peraturan formal, tidak boleh menerima idea dan kelakuan yang pelik, mencari konsensus serta percaya kepada kebenaran yang mutlak dan pendapat pakar. Budaya ini juga mempunyai tahap tekanan dan kerisauan yang tinggi. Budaya yang berorientasikan low uncertainty avoidance pula lebih mudah menerima keadaan yang tidak pasti dalam kehidupan. Mudah untuk bertoleransi dengan perkara yang diluar kebiasaan serta tidak merasa terancam dengan individu dan idea yang baru.

Berbalik kepada isu hubungan Malaysia-Indonesia pula teori ini juga dilihat turut dilihat kewujudannya. Rakyat Indonesia merasa terancam akan kehilangan warisan budayanya hingga dipatenkan segala keris, batik, angklung, gamelan, tarian dan sebagainya yang difikir berasal dari negaranya. Mereka tidak dapat menerima bahawa di Malaysia turut mempunyai warisan seni budaya yang hampir sama. Bagi Malaysia yang lebih berorientasikan budaya Low Uncertainty Avoidance pula, tidak merasa terancam terhadap kebersamaan itu kerana menyedari bahawa kebudayaan tersebut berasal-usul dari rumpun yang sama.

c) Power distance
Berdasarkan kepada graf di atas adalah didapati kedua-dua negara mengamalkan budaya yang menekankan kepada high power distance. Walaubagaimanapun orientasi high power distance mendominasi budaya Malaysia berbanding Indonesia.

Menurut Samovar & Porter (2004), masyarakat dalam budaya high power distance percaya bahawa manusia tidak sama dan setiap individu mempunyai tempatnya yang tersendiri. Menurut Gibson et al.(2001), masyarakat ini menganggap bahawa mereka perlu taat kepada superior. Akur kepada pemimpin dan lebih cenderung untuk bersifat submisif, mengelak memberi pendapat yang bertentangan dan mematuhi arahan ketua tanpa banyak soal. Sementara dalam budaya low power distance pula hierarki dalam organisasi tidak begitu dipentingkan sebaliknya setiap individu dilayan dengan rata.

Bagi mengaplikasikan teori ini terhadap isu keteganggan hubungan Malaysia dan Indonesia saya melihat dalam aspek politik dan media. Di Indonesia ahli politik berlumba-lumba memperlihatkan diri sebagai nasionalis bagi meraih sokongan rakyat. Sekiranya terdapat isu yang melibatkan antara kedua negara maka merekalah yang tampil kehadapan menonjolkan diri di media kononnya membawa aspirasi rakyat. Begitu juga dengan media-media tepatan di Indonesia. Mereka juga turut berlumba-lumba untuk memaparkan isu yang kontroversi bagi mendapat keuntugan yang tinggi. Kebebasan media yang mutlak memberikan gambaran bahawa budaya Indonesia lebih menekankan kepada kesamarataan individu atau dimensi low power distance dimana setiap individu dapat berkongsi dalam membuat keputusan.

Berbanding dengan Malaysia, budaya high power distance pula mengambil tempat. Media tempatan tidaklah begitu bebas dalam erti kata sebenarnya. Masyarakat selalunya lebih mematuhi setiap keputusan yang dibuat oleh pemimpin atau superior demi untuk kebaikan lebih-lebih lagi mengenai isu hubungan Malaysia dan Indonesia ini. Mereka percaya kerajaan mempunyai kedudukan dan kelayakkan untuk mengambil sebarang tindakan dan langkah bagi berhadapan dengan isu tersebut. Budaya mentaati pemerintah sememangnya terserlah dikalangan orang Melayu sejak dari dahulu sepertimana diriwayatkan kesetiaan Hang Tuah terhadap Sultan.

d) Masculinity / Feminity
Dimensi ini melihat ciri-ciri gender sama ada lelaki atau wanita yang mendominasi sesebuah budaya itu. Menurut Porter, Samover & McDaniel (2007), Hofstede menggunakan perkataan tersebut bagi merujuk sejauh mana ciri-ciri maskulin dan feminin dihargai dan ditonjolkan dalam sesebuah budaya.

Merujuk kepada rajah di atas, jelas menunjukkan bahawa Malaysia dan Indonesia lebih mengutamakan ciri maskulin berbanding Indonesia. Ini bertepatan dengan ajaran agama Islam yang dianuti oleh majoriti masyarakat kedua-dua negara tersebut dimana pemimpin diangkat dari kalangan lelaki disamping wanita tidak diabaikan. Lelaki sebagai ketua keluarga, ketua suku, ketua agama, imam dan sebagainya. Islam mengajar umatnya supaya isteri hormat dan mentaati perintah suami.

Walaubagaimanapun jika diteliti graf yang dipaparkan di atas, adalah didapati kecenderungan Malaysia lebih mengutamakan ciri-ciri maskulin berbanding Indonesia. Ini dapat dilihat melalui perlantikan Perdana Menteri Malaysia. Kesemua Perdana Menteri Malaysia sehinga kini diungguli oleh kaum lelaki sedangkan Presiden Indonesia pernah disandang oleh wanita seperti bekas presiden Megawati Soekarno Putri.

7.2 Budaya ”High Context dan Low Context”
Hall (seperti yang dipetik dalam Samovar & peter, 2004) mengkategorikan budaya dalam high context dan low context. Budaya high context dikatakan berkomunikasi dengan cara yang berlapik. Makna tidak terdapat pada perkataan semata-mata tetapi menerusi komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan seperti gerak badan, kesenyapan (silence), ruang peribadi, nada suara, gerakan kepala dan tangan dan pengulangan perkataan. Budaya low context pula bergantung kepada komunikasi yang jelas dan stabil. Maknanya adalah terletak pada perkataan yang diungkapkan.

Berbalik kepada budaya masyarakat Malaysia dan Indonesia, kedua-duanya mengamalkan high context. Bersesuaian dengan budaya orang timur dan serumpun, mereka menggunakan cara berlapik apabila berkomunikasi. Dengan cara tersebut memperlihatkan bahawa mereka tidak biadab apabila berkomunikasi. Berbeza dengan orang-orang Eropah dimana mereka lebih suka mengamalkan budaya low context ataupun berterus terang semasa berkomunikasi. Sebagai contoh, ucapan ”Tidak” secara terus dalam budaya high context seperti di Malaysia dan Indonesia dianggap sebagai biadab dan itu boleh menjatuhkan air muka orang lain.

8. Kritikan ke atas teori
Saya menyedari bahawa Teori Dimensi Nilai oleh Hofstede ini adalah teori yang sangat berinformasi dan amat berkaitan terutamanya dalam memahami budaya masyarakat Jawa di Yogyakarta. Lima dimensi yang diketengahkan oleh Hofstede mencakupi segala aspek yang diperlukan dalam memahami budaya asing bagi peringkat permulaan. Seterusnya usaha untuk menembusi ke peringkat yang lebih dalam perlulah dilakukan seumpama mengaplikasikan teori Penembusan Sosial Altman dan Taylor.

Walaubagaimanapun saya melihat model ini juga mempunyai kelemahannya. Antaranya ialah purata sesebuah negara tidak berkaitan dengan individu di dalam sesebuah negara itu.Walaupun model ini telah dibuktikan selalunya benar apabila diaplikasikan kepada populasi umum, sesuatu yang harus diberi perhatian ialah bahawa tidak ada semua orang atau kawasan dengan sub-budaya berpadanan dengan acuannya. Ia hanyalah boleh dijadikan panduan dalam memahami perbezaan budaya antara negara, bukan seperti undang-undang yang telah termaktub.

Keduanya persoalan yang sering ditimbulkan ialah sejauhmana tepatnya data yang diambil? Data dikutip menerusi set soalan (questionniares) yang terbatas. Bukan itu sahaja, tetapi di sesetengah budaya, konteks di dalam soalan yang ditanyakan adalah penting seperti isi kandungannya. Terutamanya di budaya yang berorientasikan kumpulan, individu-individu tersebut akan menjawab sekiranya ia ditujukan kepada kumpulan dimana mereka dipunyai. Sebaliknya bagi budaya yang berorientasikan individu seperti di Amerika Syarikat, individu akan menjawab soalan tersebut dari kacamata individu itu sendiri.

Akhir sekali, adakah data-data tersebut dikemaskinikan? Berapa banyak budaya sesebuah negara itu berubah mengikut masa, samada dipengaruhi oleh faktor dalaman mahupun faktor luaran?

9. Penutup
Saya amat merasa teruja mempelajari Model Dimensi Nilai oleh Hofstede ini kerana ianya menarik dan agak mudah untuk difahami. Model ini dapat dijadikan panduan berguna dalam memahami perbezaan antarabudaya. Berkaitan dengan isu ketegangan hubungan antara Malaysia
dan Indonesia, melalui penghayatan terhadap model ini sekurang-kurangnya saya dapat memahami kenapa ianya berlaku. Perbezaan yang wujud dalam dua budaya yang belainan akan menghasilkan persepsi atau tanggapan yang menyimpang terhadap sesuatu budaya tersebut. Kesalahfahaman inilah yang mungkin menimbulkan masalah. Untuk itu komunikasi yang tuntas dan berterusan antarabudaya perlulah diusahakan demi untuk memastikan keamanan dunia sejagat.






RUJUKAN

Hall, Edward T. 1976. Beyond Culture. New York: Anchor Books Doubleday

Hall, Edward T. 1984. The Dance of Life: The Other Dimension of Time. Garden City, N.Y.: Anchor Press

Hofstede, Geert. 1980. Culture’s Consequences International Differences in Work-Related Values. Abridged Edition. Newbury Park: Sage Publications

Samovar, L.A.,& Porter, R.E (2004). Communication between cultures (5th ed.) Belmont, CA:Wadsworth.

Samovar, L.A., Porter, R.E., & McDaniel, E.R. (2007). Communication between cultures (6th ed.) Belmont, CA: Thomson Wadsworth.

Social Penetration Theory by: Irwin Altman & Dalmas Tylor. Capain 18 Disember 2008 dari
http://oak.cats.ohiou.edu/~ed383697/spen.htm

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Kepada semua kenalan saudara-mara, sahabat handai, rakan taulan serta seluruh umat Islam saya mengambil kesempatan di sini menyusun jari memohon ribuan ampun dan maaf andai ada tersilap kata, terlanjur bicara mahupun sebarang perlakuan yang menguris hati dan perasaan.Mudaha-mudahan dengan kehadiran lembaran ini dapat memberikan ruang baru dalam merapatkan tali silatulrahim sesama insani. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.

Ulasan Artikel: Convergence of Voice and Data Telecommunications Transmissions

Ditulis oleh : Bob Cullen, Vice President, Sales & Marketing, Hollingsworth & Vose Company.


Artikel ini melihat kepada cara kita komunikasikan maklumat dalam masyarakat moden hari ini telah melalui perubahan yang dramatik seiring perkembangan teknologi komunikasi. Keperluan untuk mendapatkan maklumat yang cepat dan terkini akan memandu ke arah peningkatan sistem telekomunikasi. Kebolehan untuk dapat disambungkan di mana saja adalah menjadi keperluan setiap ahli perniagaan dan pengguna keseluruhannya.

Dalam tempoh lima tahun yang lepas kita telah mengambil beberapa langkah dalam menjadi masyarakat moden yang bermaklumat. Wayar tembaga telah digantikan dengan kabel fibre optik yang melihatkan pemindahan data dapat dilakukan dengan lebih cepat, jelas dan peningkatan jumlah kandungan data dan trafik suara. Telefon bimbit telah menjadi sebahagian dari kehidupan semua orang. Kemampuan untuk menghubungi, dihubungi pada bila-bila masa dan dimana jua menjadi perihal terpenting dalam pembangunan telekomunikasi tanpa wayar ini.

Syarikat-syarikat besar telekomunikasi berlumba-lumba dalam membangunkan infrastruktur bagi menyediakan perkhidmatan terbaik dan penemuan terkini dalam peningkatan keupayaan pemindahan data dan suara. Kemunculan internet telah menjadi bukti atas usaha ini. Perisian pengecaman suara, E Commerce akan menjadi satu kelaziman dalam hidup masyarakat. Melalui E commerce, urusniaga boleh dilaksanakan di hujung talian. Selain itu kemunculan televisyen kabel menyediakan satu alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat. Televisyen digital dan internet akan memungkinkan nanti sesuatu kelas syarahan dapat diikuti dari rumah. Satu lagi faktor yang memandu ke arah pembangunan infrastruktur ialah CLEC's ( competitive local exchange carriers).Tanpa adanya monopoli, masing-masing syarikat yang bersaing dipasaran akan cuba menyediakan infrastruktur terbaik dalam penumpuan suara dan data penyiaran komunikasi ini.

Sebagai kesimpulannya dapatlah dinyatakan bahawa artikel ini telah memperlihatkan tentang pembaharuan dan perbezaan dunia komunikasi. Dunia baru data dan maklumat ini akan mengubah cara syarikat melakukan perniagaan dan mengubah cara kehidupan kita.

Ulasan Artikel : communication technology keeps getting the way of communication!eps

Penulis: Helen Wilkie

Arikel ini membicarakan tentang kepentingan kemajuan teknologi komunikasi masa kini. Bagaimana teknologi yang sentiasa berkembang telah menjadikan proses komunikasi berjalan dengan lebih baik. Helen Wilkie juga turut membincangkan tentang kelebihan dan kelemahan teknologi tersebut.

E-mail boleh menjadi cara yang cepat dan efektif dalam menyalurkan sesuatu maklumat namun ia juga tidak menyakinkan apabila tidak mengandungi elemen nada suara dan emosi. Ini boleh menimbulkan salah faham dan salah emosi terhadap sesuatu mesej yang ditulis. Keduanya ia juga amat baik bagi mereka yang pentingkan kepantasan dan megelak daripada terlibat dengan hubungan interpersonal di tempat kerja.


Bagi telefon selular pula, penggunakan dapat berinteraksi dengan kenalan dan boleh dibuat di mana saja namun pengguna haruslah bijak menyesuaikannya dengan keadaan dan situasi di sesuatu tempat jika tidak ia akan memberi gangguan dan masalah kepada orang sekeliling. Kadang-kadang pengguna terlupa bahawa suaranya kuat ketika bercakap melalui telefon dan ini menimbulkan ketidakselesaan orang lain.

Seterusnya ialah tele-sidang. Ia dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. Mesyuarat tidak perlu dihadiri sebaliknya dapat dilaksanakan walaupun berada di tempat masing-masing. walaubagaimanapun ada sesetengah situasi di mana perhubungan bersemuka merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menanggani sesuatu pertikaian dan isu. Ia dapat mengelak dari salah faham. Mesyuarat yang tidak efektif juga akan hanya menghabiskan masa dan wang. Justeru tele-sidang adalah pilihan terbaik berbanding kaedah tradisional.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa orang muda di pusat pengajian tinggi menjadi gemuk dan kurang cergas ekoran terlalu lama meluangkan masa dengan komputer sama ada melayari internet atau atau bermain permainan video. Walaubagaimanapun Wilkie percaya bahawa ianya cuma sebahagian daripada masalah sedangkan ia mampu membina kemahiran sosial berbanding dengan mereka yang tidak tahu menggunakan internet.


Sebagai kesimpulan, sememangnya kemajuan teknologi komunikasi banyak memberikan kebaikan kepada penggunanya. Masalah tidak datang dari kemajuan teknologi tetapi adalah berpunca dari pengguna itu sendiri. Kita akan mendapat pelbagai kebaikan sekiranya peralatan teknologi komunikasi digunakan untuk kebaikan dan begitulah juga sebaliknya. Justeru kita sebagai generasi yang terdedah dengan kemajuan teknologi ini haruslah mengambil kesempatan untuk memanfaatkan segala kemudahan yang terkandung dalam IT bagi faedah semua manusia.















Ulasan Artikel : Digital of Man


Artikel yang ditulis oleh Richard Naish ini membincangkan tentang perbezaan antara pengguna digital ( guru dan murid) dalam generasi yang berbeza. Ini adalah kerana setiap gaya hidup generasi berkembang dan berubah seiring dengan kemajuan teknologi semasa. Beliau cuba membezakan antara Digital Native Learners dan Digital Immigrant Teachers dalam sudut pembelajaran dan perkongsian maklumat.


Menurut Naish, Digital Native Learners lebih berkehendakkan sesuatu penerimaan maklumat yang pantas melalui kepelbagaian sumber multimedia. Mereka juga lebih suka melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Mementingkan kandungan gambar, bunyi dan video sebelum teks, suka mengakses kepada maklumat mutimedia yang berangkaian, mampu untuk berinteraksi dan mempuyai jaringan sosial yang ramai. Jika belajar, belajar untuk masa itu dan ianya mestilah berkaitan, berfaedah dan menyeronokkan. Mereka juga mendambakan kepada ganjaran dan penghargaan yang segera.

Sementara itu Digital Immigrant Teachers dilihat dari segi penerimaan sesuatu maklumat lebih perlahan akibat daripada kawalan dan tapisan. Sukakan kepada kerja yang sedikit dan tertumpu pada sesuatu masa. Lebih cenderung menggunakan teks terlebih dahulu sebelum gambar dan video dalam sesuatu penerbitan. Penyebaran maklumat adalah berbentuk linear, logik dan mengikut paten.Lebih menggalakkan para pelajarnya untuk berdikari berbanding dengan jaringan dan interaksi. Jika dilihat dari segi penghargaan dan ganjaran pula mereka mengharapkan ia dicapai dalam masa yang agak panjang.

Sebagai kesimpulannya, Artikel ini jelas menunjukkan isu perbezaan antara golongan guru ( Digital Immigrant Teachers) dan anak murid ( Digital Native) Learners pada ketika ini. Kedua-dua generasi ini generasi X dan generasi y bertembung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apa yang penting ialah bagaimana kedua-dua mereka dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain dalam mencapai objektif yang sama.




Artikel oleh Nazean Jomhari dan Sri Hastuti Kurniawan, , Manchester Business School University Of Manchester ,UK


Artikel tersebut memperkatakan mengenai kepentingan hubungan antara grandparent (GP) yang berada di Malaysia dan grandchildren (GC) yang berada di UK . Kebanyakkan GP amat mentingkan jalinan hubungan dengan GC dan mengharapkan agar ia dapat dikekalkan.

Dalam melihat kepada keperluan hubungan antara GP-GC, penulis telah menggunakan analogi Teori Tingkatan Keperluan Maslow yang mana selepas lapisan fisiologi dan keselamatan dipenuhi maka lapisan seterusnya adalah keperluan sosial. Ianya merangkumi jalinan hubungan antara manusia dari segi emosi, kecintaan, kasih sayang dan komunikasi kekeluargaan. Justeru, golongan GP amat mengharapkan hubungan yang baik dengan GC memandangkan mereka sudah melepasi masa untuk bersosial seperti sewaktu masih bekerja dan faktor kesihatan yang semakin menurun.

Bersandarkan kajian pelajar Malaysia di UK adalah didapati bahawa majoriti penuntut adalah terdiri dari golongan dewasa dan kebanyakkannya adalah kakitangan kerajaan. Mereka turut membawa anak dan isteri bersama ketika menuntut di UK.. Daripada data-data yang diperolehi penulis memberi anggapan bahawa kebanyakkan cucu-cucu di UK masih mempunyai datuk nenek di Malaysia. Menurut Creasey GC yang lebih tua kurang berkeinginan untuk terus berhubungan dengan GP. Ini disebabkan oleh apabila GC mula memasuki alam persekolahan, kebanyakkan masa ditumpukan terhadap hubungan sesama rakan-rakan sebaya. Ini merupakan peringkat awal dimana hubungan antara GP-GC menjadi renggang dan tambahan lagi apabila melibatkan jarak yang jauh dan masa yang lama. Pada masa yang sama GC yang lebih muda juga banyak mengahabiskan masa dengan bermain permainan video di rumah berbanding dengan GC dewasa. Justeru para ibu bapa perlulah mengalakkan anak-anak mereka untuk terus berhubungan dengan GP terutamanya yang melibatkan hubungan jarak jauh. Mereka perlu diajar untuk mengekalkan budaya menghargai dan menghormati golongan yang lebih tua yang banyak memberi sumbangan kepada sesebuah keluarga.

Dickinson 2006 menyatakan bahawa penggunaan komputer dengan bersendirian tidak memberi impak kepada kesejahteraan golongan tua. Walaubagaimanapun latihan menggunakan komputer dapat memberi daya tarikan kepada mereka terutamanya kepada mereka yang baru menceburinya. Mayhorn pula melaporkan bahawa golongan tua (GP) menghadapi kesukaran dalam mengawal fungsi keupayaan utama mereka dalam soal peranti input.Berdasarkan kepada situasi semasa di Malaysia dimana golongan tua kebanyakkan masih tingggal bersama anak-anak dan cucu maka mereka harus dibantu dalam penggunaan komputer.

Semua orang melihat hubungan kekeluargaan amat penting daan perlu dikekalkan. Bagi tujuan tersebut artikel ini turut mencadangkan penggunaan teknologi persidangan video sungguhpun ia mempunyai pelbagai kelebihan dan kelemahan.

Kesimpulannya, dengan perkembangan dan kemudahan yang dsediakan oleh teknologi hari ini, jarak pemisah bukanlah lagi halangan dalam mengekal hubungan kekeluargaan. Apa yang penting ialah ilmu dan latihan yang berterusan. Tidak kira tua atau muda perkembangan teknologi terkini dalam memudahkan kehidupan manusia perlulah diikuti.