Ditulis oleh : Bob Cullen, Vice President, Sales & Marketing, Hollingsworth & Vose Company.


Artikel ini melihat kepada cara kita komunikasikan maklumat dalam masyarakat moden hari ini telah melalui perubahan yang dramatik seiring perkembangan teknologi komunikasi. Keperluan untuk mendapatkan maklumat yang cepat dan terkini akan memandu ke arah peningkatan sistem telekomunikasi. Kebolehan untuk dapat disambungkan di mana saja adalah menjadi keperluan setiap ahli perniagaan dan pengguna keseluruhannya.

Dalam tempoh lima tahun yang lepas kita telah mengambil beberapa langkah dalam menjadi masyarakat moden yang bermaklumat. Wayar tembaga telah digantikan dengan kabel fibre optik yang melihatkan pemindahan data dapat dilakukan dengan lebih cepat, jelas dan peningkatan jumlah kandungan data dan trafik suara. Telefon bimbit telah menjadi sebahagian dari kehidupan semua orang. Kemampuan untuk menghubungi, dihubungi pada bila-bila masa dan dimana jua menjadi perihal terpenting dalam pembangunan telekomunikasi tanpa wayar ini.

Syarikat-syarikat besar telekomunikasi berlumba-lumba dalam membangunkan infrastruktur bagi menyediakan perkhidmatan terbaik dan penemuan terkini dalam peningkatan keupayaan pemindahan data dan suara. Kemunculan internet telah menjadi bukti atas usaha ini. Perisian pengecaman suara, E Commerce akan menjadi satu kelaziman dalam hidup masyarakat. Melalui E commerce, urusniaga boleh dilaksanakan di hujung talian. Selain itu kemunculan televisyen kabel menyediakan satu alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat. Televisyen digital dan internet akan memungkinkan nanti sesuatu kelas syarahan dapat diikuti dari rumah. Satu lagi faktor yang memandu ke arah pembangunan infrastruktur ialah CLEC's ( competitive local exchange carriers).Tanpa adanya monopoli, masing-masing syarikat yang bersaing dipasaran akan cuba menyediakan infrastruktur terbaik dalam penumpuan suara dan data penyiaran komunikasi ini.

Sebagai kesimpulannya dapatlah dinyatakan bahawa artikel ini telah memperlihatkan tentang pembaharuan dan perbezaan dunia komunikasi. Dunia baru data dan maklumat ini akan mengubah cara syarikat melakukan perniagaan dan mengubah cara kehidupan kita.