Penulis: Helen Wilkie

Arikel ini membicarakan tentang kepentingan kemajuan teknologi komunikasi masa kini. Bagaimana teknologi yang sentiasa berkembang telah menjadikan proses komunikasi berjalan dengan lebih baik. Helen Wilkie juga turut membincangkan tentang kelebihan dan kelemahan teknologi tersebut.

E-mail boleh menjadi cara yang cepat dan efektif dalam menyalurkan sesuatu maklumat namun ia juga tidak menyakinkan apabila tidak mengandungi elemen nada suara dan emosi. Ini boleh menimbulkan salah faham dan salah emosi terhadap sesuatu mesej yang ditulis. Keduanya ia juga amat baik bagi mereka yang pentingkan kepantasan dan megelak daripada terlibat dengan hubungan interpersonal di tempat kerja.


Bagi telefon selular pula, penggunakan dapat berinteraksi dengan kenalan dan boleh dibuat di mana saja namun pengguna haruslah bijak menyesuaikannya dengan keadaan dan situasi di sesuatu tempat jika tidak ia akan memberi gangguan dan masalah kepada orang sekeliling. Kadang-kadang pengguna terlupa bahawa suaranya kuat ketika bercakap melalui telefon dan ini menimbulkan ketidakselesaan orang lain.

Seterusnya ialah tele-sidang. Ia dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. Mesyuarat tidak perlu dihadiri sebaliknya dapat dilaksanakan walaupun berada di tempat masing-masing. walaubagaimanapun ada sesetengah situasi di mana perhubungan bersemuka merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menanggani sesuatu pertikaian dan isu. Ia dapat mengelak dari salah faham. Mesyuarat yang tidak efektif juga akan hanya menghabiskan masa dan wang. Justeru tele-sidang adalah pilihan terbaik berbanding kaedah tradisional.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa orang muda di pusat pengajian tinggi menjadi gemuk dan kurang cergas ekoran terlalu lama meluangkan masa dengan komputer sama ada melayari internet atau atau bermain permainan video. Walaubagaimanapun Wilkie percaya bahawa ianya cuma sebahagian daripada masalah sedangkan ia mampu membina kemahiran sosial berbanding dengan mereka yang tidak tahu menggunakan internet.


Sebagai kesimpulan, sememangnya kemajuan teknologi komunikasi banyak memberikan kebaikan kepada penggunanya. Masalah tidak datang dari kemajuan teknologi tetapi adalah berpunca dari pengguna itu sendiri. Kita akan mendapat pelbagai kebaikan sekiranya peralatan teknologi komunikasi digunakan untuk kebaikan dan begitulah juga sebaliknya. Justeru kita sebagai generasi yang terdedah dengan kemajuan teknologi ini haruslah mengambil kesempatan untuk memanfaatkan segala kemudahan yang terkandung dalam IT bagi faedah semua manusia.