Sharmila Nair dalam artikelnya “Highly-Cherished” menyatakan bahawa kehidupan remaja kini sememangnya amat bergantung kepada gajet-gajet dan peralatan teknologi seperti telefon bimbit, komputer riba, iPod dan pelbagai lagi. Mereka menjadikan peralatan tersebut sebagai medium untuk mereka saling berhubung dan beinteraksi antara satu sama lain. Selain itu ia juga berfungsi sebagai pembantu peribadi dalam melaksanakan pelbagai tugasan. Peralatan teknologi bukan lagi menjadi kehendak sebaliknya keperluan dalam menjalani rutian harian remaja hari ini
Eddie Goh,seorang penuntut kolej mengakui bahawa laptop (komputer riba) merupakan item yang terpenting dalam hidupnya walaupun di rumah dia juga turut memiliki Playstations 2 dan MP3 Samsung. Dia lebih banyak meluangkan masa bersama laptopnya dalam menyiapkan tugasan dan melakukan kerja lain memandangkan ianya senang dibawa ke mana-mana. Tambahan pula terdapat begitu banyak WiFi Spots disekitar kolejnya dan dia hanya perlu duduk dan disambungkan dengan internet. Keadan ini memudahkan dia untuk membuat sebarang kajian dan pencarian maklumat.
Bagi Pearl Chew pula, beliau kerap menggunakan laptop untuk pencarian maklumat secara online. Terutamanya dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Selain itu dia juga kerap mendengar muzik dan berchatting dengan kawan-kawan. Baginya laptop adalah seperti mesin muzik bergerak. Walaubagaimanapun jika diberi pilhan sama ada laptop atau telefon bimbit, Chew masih memilih telefon bimbit sebagai keperluan utamanya. Telefon bimbit baginya dapat bertindak sebagai alat pengawal masa disamping menyediakan pelbagai kemudahan lain.
Andrew Guan sebaliknya mengutarakan pendapat bahawa laptop merupakan keperluan utama bagi para pelajar. Dia juga sekarang dalam usaha mendapatkan komputer berteknologi tinggi yang bernilai hingga RM12,000. Ini adalah bagi memenuhi keperluan kursus yang bakal diceburinya iaitu sama ada Kejuruteraan Audio atau Produksi Muzik. Walaupun masih belum memilikinya ia tidak menghalang Andrew untuk terus melayari internet menggunakan komputer peribadi untuk berchatting ataupun bermain game secara online.
Berbeza pula dengan dua orang remaja lagi Samantha Agness Lee dan Melissa Mariapan. Samantha memilih iPod sementara Melissa menjadikan PDA sebagai pilihan utama. Bagi Samantha dia tidak pernah puas dengan muzik dan tidak pernah gagal untuk mengemaskinikan senarai lagu di dalam iPodnya. Sementara itu Melissa seorang pelajar Pengurusan Perniagaan, bergantung kepada PDA dalam pengurusan jadualnya dan penentu kepada kelancaran segala tugas. Segala-gala maklumat disimpan di dalam PDA.
Kesimpulannya, remaja zaman sekarang amat bergantung kepada gajet-gajet elektronik dalam menjalani kehidupan mereka terutamanya sebagai pelajar.Kemajuan teknologi semamangnya memberikan perubahan yang ketara dalam kehidupan manusia. Manusia perlu bergerak seiring dengan arus peredaran zaman agar tidak terus ketinggalan.