Artikel oleh Nazean Jomhari dan Sri Hastuti Kurniawan, , Manchester Business School University Of Manchester ,UK


Artikel tersebut memperkatakan mengenai kepentingan hubungan antara grandparent (GP) yang berada di Malaysia dan grandchildren (GC) yang berada di UK . Kebanyakkan GP amat mentingkan jalinan hubungan dengan GC dan mengharapkan agar ia dapat dikekalkan.

Dalam melihat kepada keperluan hubungan antara GP-GC, penulis telah menggunakan analogi Teori Tingkatan Keperluan Maslow yang mana selepas lapisan fisiologi dan keselamatan dipenuhi maka lapisan seterusnya adalah keperluan sosial. Ianya merangkumi jalinan hubungan antara manusia dari segi emosi, kecintaan, kasih sayang dan komunikasi kekeluargaan. Justeru, golongan GP amat mengharapkan hubungan yang baik dengan GC memandangkan mereka sudah melepasi masa untuk bersosial seperti sewaktu masih bekerja dan faktor kesihatan yang semakin menurun.

Bersandarkan kajian pelajar Malaysia di UK adalah didapati bahawa majoriti penuntut adalah terdiri dari golongan dewasa dan kebanyakkannya adalah kakitangan kerajaan. Mereka turut membawa anak dan isteri bersama ketika menuntut di UK.. Daripada data-data yang diperolehi penulis memberi anggapan bahawa kebanyakkan cucu-cucu di UK masih mempunyai datuk nenek di Malaysia. Menurut Creasey GC yang lebih tua kurang berkeinginan untuk terus berhubungan dengan GP. Ini disebabkan oleh apabila GC mula memasuki alam persekolahan, kebanyakkan masa ditumpukan terhadap hubungan sesama rakan-rakan sebaya. Ini merupakan peringkat awal dimana hubungan antara GP-GC menjadi renggang dan tambahan lagi apabila melibatkan jarak yang jauh dan masa yang lama. Pada masa yang sama GC yang lebih muda juga banyak mengahabiskan masa dengan bermain permainan video di rumah berbanding dengan GC dewasa. Justeru para ibu bapa perlulah mengalakkan anak-anak mereka untuk terus berhubungan dengan GP terutamanya yang melibatkan hubungan jarak jauh. Mereka perlu diajar untuk mengekalkan budaya menghargai dan menghormati golongan yang lebih tua yang banyak memberi sumbangan kepada sesebuah keluarga.

Dickinson 2006 menyatakan bahawa penggunaan komputer dengan bersendirian tidak memberi impak kepada kesejahteraan golongan tua. Walaubagaimanapun latihan menggunakan komputer dapat memberi daya tarikan kepada mereka terutamanya kepada mereka yang baru menceburinya. Mayhorn pula melaporkan bahawa golongan tua (GP) menghadapi kesukaran dalam mengawal fungsi keupayaan utama mereka dalam soal peranti input.Berdasarkan kepada situasi semasa di Malaysia dimana golongan tua kebanyakkan masih tingggal bersama anak-anak dan cucu maka mereka harus dibantu dalam penggunaan komputer.

Semua orang melihat hubungan kekeluargaan amat penting daan perlu dikekalkan. Bagi tujuan tersebut artikel ini turut mencadangkan penggunaan teknologi persidangan video sungguhpun ia mempunyai pelbagai kelebihan dan kelemahan.

Kesimpulannya, dengan perkembangan dan kemudahan yang dsediakan oleh teknologi hari ini, jarak pemisah bukanlah lagi halangan dalam mengekal hubungan kekeluargaan. Apa yang penting ialah ilmu dan latihan yang berterusan. Tidak kira tua atau muda perkembangan teknologi terkini dalam memudahkan kehidupan manusia perlulah diikuti.