Artikel yang ditulis oleh Richard Naish ini membincangkan tentang perbezaan antara pengguna digital ( guru dan murid) dalam generasi yang berbeza. Ini adalah kerana setiap gaya hidup generasi berkembang dan berubah seiring dengan kemajuan teknologi semasa. Beliau cuba membezakan antara Digital Native Learners dan Digital Immigrant Teachers dalam sudut pembelajaran dan perkongsian maklumat.


Menurut Naish, Digital Native Learners lebih berkehendakkan sesuatu penerimaan maklumat yang pantas melalui kepelbagaian sumber multimedia. Mereka juga lebih suka melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Mementingkan kandungan gambar, bunyi dan video sebelum teks, suka mengakses kepada maklumat mutimedia yang berangkaian, mampu untuk berinteraksi dan mempuyai jaringan sosial yang ramai. Jika belajar, belajar untuk masa itu dan ianya mestilah berkaitan, berfaedah dan menyeronokkan. Mereka juga mendambakan kepada ganjaran dan penghargaan yang segera.

Sementara itu Digital Immigrant Teachers dilihat dari segi penerimaan sesuatu maklumat lebih perlahan akibat daripada kawalan dan tapisan. Sukakan kepada kerja yang sedikit dan tertumpu pada sesuatu masa. Lebih cenderung menggunakan teks terlebih dahulu sebelum gambar dan video dalam sesuatu penerbitan. Penyebaran maklumat adalah berbentuk linear, logik dan mengikut paten.Lebih menggalakkan para pelajarnya untuk berdikari berbanding dengan jaringan dan interaksi. Jika dilihat dari segi penghargaan dan ganjaran pula mereka mengharapkan ia dicapai dalam masa yang agak panjang.

Sebagai kesimpulannya, Artikel ini jelas menunjukkan isu perbezaan antara golongan guru ( Digital Immigrant Teachers) dan anak murid ( Digital Native) Learners pada ketika ini. Kedua-dua generasi ini generasi X dan generasi y bertembung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apa yang penting ialah bagaimana kedua-dua mereka dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain dalam mencapai objektif yang sama.